Home » » Cara Mudah Keluarkan Duit Paypal Ke Akaun Bank

Cara Mudah Keluarkan Duit Paypal Ke Akaun Bank



Aku terfikir untuk buat entry ni selepas aku berjaya keluarkan duit di akaun Paypal ke akaun bank CIMB semalam.Sebelum ni aku tak tau pula Paypal dah bagi kita transfer duit terus ke akaun bank.Kiranya tak payah ada debit or kredit kad pun boleh keluarkan duit kita tu.Ni yang buat aku sayang Paypal ni.hehehe

Masa yang diambil untuk duit Paypal masuk ke akaun bank diantara 2-3 hari waktu bekerja.Kalau baki duit didalam akaun Paypal korang lebih RM400,korang tak akan dicas.Tapi kalau kurang,korang akan dicas RM3.00

Ok,kalau dalam akaun Paypal korang ada duit dan tak tau macam mana nak transfer ke akaun bank,meh sini aku tunjuk ajar sikit macam mana caranya.Teruskan follow entry ni yer..



1) Login masuk ke akaun Paypal korang
2) Klik pada tab Withdraw
3) Korang akan dapat lihat seperti gambar diatas
4) Klik pada Withdraw to your bank account

1)Masukkan jumlah wang untuk korang keluarkan dibahagian Amount.Sebagai contoh,jika baki wang korang di Paypal USD50.00,korang hanya perlu masukkan jumlahnya sahaja tanpa perlu ada USD!
2)Sila linkkan no akaun bank korang dibahagian To.Klik pada Add bank account
3)Jika korang sudah berjaya linkkan akaun bank korang,korang hanya perlu klik pada Continue dan tunggu payment progress dalam masa 2-3 hari.


1)Untuk section ini,korang perlu mengisi kesemua data yang diminta.
2)Untuk MEPS bank routing code,mungkin ramai yang keliru.Jangan risau,korang klik saja pada Details
3)Korang copy sahaja code yang diberi mengikut akaun bank korang tu di MEPS Bank Routing Code
4)Selesai mengisi kesemua data yang diminta dan korang yakin benar semua data yang diisi itu adalah benar,klik pada Continue

Selesai sudah tutorial pendek ni.haha.Kalau korang rasa entry ini berguna just say thank yer.Kalau kurang paham dengan tutorial diatas,jangan segan silu tanya.Aku jawab sekadar termampu!

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts