Home » » Kenali Perasaan Anda Lebih Jauh

Kenali Perasaan Anda Lebih Jauh


Setiap manusia memiliki perasaan yang mudah berubah. Dari bahagia, sedih, bosan, marah dan lain-lain bagaikan ranting-ranting pokok yang mudah patah bila di tiup angin. maksudnya ketika ranting itu patah perasaan kita sedang kalut dan angin simbol dari cubaan dan ujian kehidupan.

Perasaan sangat menentukan keberhasilan seseorang, Mengapa ? Ini Kerana perasaan yang menentukan seseorang itu merasa bahagia, semangat,berjaya, marah, benci etc. Sehingga betapa indahnya hidup seseorang,bila seseorang mampu memahami dan mengendalikan perasaannya. Setiap perasaan yang dialami memiliki makna yang terkandung di balik perasaan yang korang rasakan.


Perasaan dan maknanya

1. Marah - Merasa ketidakadilan
2. Rasa - bersalah Tidak adil terhadap orang lain
3. Takut - Sesuatu yang buruk akan terjadi (antisipasi)
4. Kecewa - Apa yang di inginkan tidak terwujud
5. Sedih - Kehilangan sesuatu yang berharga
6. Kesepian - Perlukan relasi/interaksi yang bermakna
7. Rasa tidak mampu - Ada yang salah dengan diri sendiri
8.Stress -Terlalu banyak yang harus dikerjakan

Mengelolah Perasaan

Sebahagian kecil makna persaan dalam diri kita yang di uraikan di atas. Adakah korang tahu peranan perasaan sangat menentukan proses kehidupan korang?.So,mulakan membuka diri korang, belajar untuk memahami di setiap peristiwa yang baru saja korang alami ataupun sebelumnya. Intinya ? ketika korang mengalami masalah baik yang berupa perasaan takut, malas, tidak percaya diri dll,korang harus mampu mengendalikannya dengan baik seperti contoh berikut

*takut menjadi Berani
*Malas Menjadi Rajin
*Kurang percaya diri menjadi lebih percaya diri


Rata-rata setiap manusia mengalami kesulitan dalam mengelolah perasaannya. Tapi sebenarnya itu mudah untuk difahami, asalkan korang mahu membuka diri untuk belajar memahami perasaan diri korang mahupun perasaan orang lain.

Perhatikan Contoh berikut :

Cuba korang bayangkan, Bos korang sedang memarahi/memaki korang.Aku percaya korang mungkin merasakan perasaan benci dan marah pada bos korang, bukan ?".

Lalu bagaimana mengatasinya ?

Bayangkan korang dan bos korang berada di dalam sebuah garis lingkaran, Cuba korang melangkah 1 langkah kesamping dan keluar dari lingkaran tersebut. Dan posisikan diri korang sebagai penonton.Korang tahu maksud aku bukan ?. Bayangkan korang menonton sebuah Filem dan dalam adegan di filem itu adalah "Bos korang sedang memarahi/memaki korang"

Aku boleh rasakan di dalam hati korang akan tersenyum dan mengatakan "Macam tuh je ke marah"?

Inilah yang aku maksudkan dengan yang namanya "Merosak Pola"

Bila korang tidak yakin dengan contoh diatas, cuba praktiskan sewaktu korang berada dalam posisi tersebut.Aku yakin korang pasti berpendapat yang sama dengan aku.

Apa yang terjadi bila korang mampu mengelola perasaan korang?

Cuba korang perhatikan orang-orang berjaya yang pernah korang kenal selama ini.Apakah mereka tempramental?Pasti tidak.Mereka mampu mengendalikan diri walaupun mereka berada dalam tekanan, dan mereka mampu memahami kemahuan orang lain sehingga mereka disenangi banyak orang.

Banyak hal yang akan korang dapat bila korang mampu mengelola perasaan korang, Diantaranya :

1)Kreatif
2)Berani mengambil risiko
3)komitmen
4)Bertanggungjawab
5)Visi
6)Kemampuan merasakan
7)Kemampuan membaca situasi
8)Inisiatif
9)Sensitif
10)Merasakan dan melihat dengan mata hati.

Sekarang semuanya terpulang kepada korang,dan keyakinan korang untuk berubah. Apakah korang mau selamanya di jajah oleh perasaan korang sendiri?



0 comments:

Post a Comment

Popular Posts