Home » , » Apa Itu Resdung?

Apa Itu Resdung?


Pengenalan Penyakit Resdung

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan sejenis penyakit hidung. Salah satu punca gejala-gejala resdung adalah akibat jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga disekelilingnya. Sebenarnya resdung bukan hanya boleh menyerang hidung korang sahaja, ia juga boleh menjangkiti mana-mana bahagian badan korang.

Apakah Sinus ?

(Resdung)Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga udara yang berada di dalam tulang muka, sekeliling hidung dan bahagian-bagaian badan yang lain. Rongga-rongga pada bahagian muka bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga pada bahagian hidung setiap masa dan akan disalirkan ke dalam hidung.

Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir akan berkumpul seterusnya kuman bakteria akan membiak didalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah yang busuk dan bengkak akan berlaku di dalam lapisan hidung.


Penyakit resdung boleh membawa maut


RAMAI beranggapan rawatan penyakit sinusitis atau lebih dikenali sebagai resdung mengakibatkan komplikasi kematian, malah tidak kurang juga yang mengatakan bahawa penyakit ini sebenarnya tidak dapat dirawat. Sejauh manakah benarnya tanggapan ini ? Walaubagaimanapun, penyakit resdung tetap merbahaya kepada mangsa yang dijangkiti. Kerapkali kita terdengar, ada peaskit yang tertanggal telinga, hidung atau botak kepalanya kerana serangan resdung. Ia sejenis penyakit yang merebak secara senyap. Dan apabila pesakit itu menyedari bahayanya, mungkin ia sudah terlambat.

Siapa yang berisiko dijangkiti resdung ?

- Alah kepada habuk, debu dan asap
- Elergi kepada makanan laut, pisang dll
- Mempunyai ketumbuhan dalam hidung
- Mempunyai dinding pemisah hidung yang bengkok
- Mereka yang mempunyai dinding hidung yang besar

Kanak-kanak

Sinusitis di kalangan kanak-kanak menyebabkan ia merebak ke dalam mata, mengakibatkan jangkitan sellulitis dan nanah (abses) mata. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan mata menjadi buta. Punca yang menyebabkan kanak-kanak berisiko menjadi buta kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata sangat tipis di mana sinus frontal mereka masih belum terbentuk. Sehubungan itu nanah akan dikeluarkan dari rongga mata.

Dewasa

Bagi orang dewasa, nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna. Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti sinusitis. Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.

Tanda-tanda awal penyakit resdung

Antara tanda awal penyakit sinusitis ialah hidung berhingus, berbau busuk dan tersumbat. Pesakit juga mengalami sakit kepala di bahagian dahi dan pipi terutama sewaktu tunduk dan sujud. Hingus yang kuning kehijauan juga boleh terkumpul di bahagian tekak menyebabkan tekak sentiasa berkahak dan batuk. Penyakit sinusitis boleh dipastikan dengan melakukan x-ray pada rongga sinus.

Tanda-tanda penyakit resdung mengikut bahagian badan

Rongga Dahi
- Migrain atau sakit kepala
- Kelemumur atau gatal-gatal kulit kepala
- Keguguran rambut

Rongga Mata

- Gatal mata, mata berair, bengkak atau sakit
- Penglihatan kabur

Rongga Hidung

- Selsema / bersin berpanjangan
- Hidung tersumbat / bernanah / berbau
- Kurang deria bau
- Sakit di pangkal hidung

Rongga Telinga
- Gatal dalam lubang telinga
- Telinga sakit / bernanah / berbau
- Masalah Pendengaran

Rongga Pipi

- Masalah jerawat
- Kemerahan dibawah mata dan pipi
- Rasa sakit / gatal di muka

Rongga Mulut
- Gusi bengkak / berdarah / bernanah
- Gigi longgar / sakit

Rongga Dada

- Batuk
- Lelah dan berkahak
- Gatal dalam kerongkong
- Jerawat di tengkuk / dada / belakang
- Gatal-gatal badan

Usus Besar / Kecil

- Pembiakan cacing kerawit- Buasir / berak berdarah
- Dubur bengkak

Kaki / Tangan

- Makan air di celah jari
- Kuku makan cekam

P/s : Jika korang ada masalah resdung atau yang berkaitan dengannya,aku syorkan korang boleh dapatkan rawatan dengan encik Suhaimi (013-9658901).Beliau menawarkan perkhidmatan seperti rawatan mata,rawatan resdung,bekam darah,bekam angin,urut mata dan produk permata hijrah

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts